Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, dalam operasi bermula 12 tengah malam itu, kumpulan wanita dan pondan terbabit yang berusia antara 20-an dan 30-an dilihat beraksi ghairah, dipercayai untuk memikat pelanggan.

"Apabila menyedari kehadiran polis mereka cuba melarikan diri bagaimanapun kawasan itu telah dikepung," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Katanya kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk diambil keterangan dan boleh didakwa kerana berkelakuan kurang sopan di tempat  awam.

Beliau berkata, polis akan terus membuat pemantauan bagi membendung kegiatan pelacuran serta persundalan di negeri ini tanpa mengira lokasi sama ada di jalanan mahupun hotel mewah.              Bernama/http://www.sinarharian.com.my/