Kisah Sadis Kekejaman Manusia Laknat Jadikan Orang Utan Pelacur (Gambar Dan Video) |
Pony merupakan seekor Orang Utan betina yang telah dijumpai di
perkampungan pelacur di Kepulauan Borneo, Indonesia. Ketika dijumpai,
seluruh tubuh Pony telah dicukur dan terdapat kesan gigitan nyamuk yang
banyak pada badannya. Pony telah ditangkap dan dicukur bagi membuatkan
ia lebih cantik dan dilanggan oleh lelaki yang mengunjungi perkampungan
tersebut.
Apabila lelaki mendekatinya, Pony akan
membelakangkan pelanggannya dan membuat aksi seolah-olah sedang
melakukan seks. Pony dipercayai telah ditangkap sejak kecik dan telah
dilacurkan oleh seorang yang dikenali sebagai Madam. Ketika pihak
Orangutan Survival Foundation mendapat tahu akan perkara ini, penduduk
kampung berkenaan telah menghalang daripada Pony diselamatkan kerana
Pony merupakan salah satu sumber pendapatan penduduk kampung tersebut.
Selama setahun pihak Orangutan Survival
Foundation cuba untuk menyelamatkan Pony tetapi gagal kerana setiap kali
pihaknya datang ke kampung tersebut, Madam dan penduduk kampung
tersebut akan bersedia dengan sumpit beracun dan mengugut untuk
menyerang sesiapa sahaja yang mendekati Pony.
Tidak berputus asa, pihak Orangutan
Survival Foundation berjaya mengumpul dana dan membawa 35 anggota polis
yang lengkap bersenjatakan AK-47 dan memaksa pihak Madam menyerahkan
Pony. Akhitnya Pony berjaya diselamatkan dan dirawat di kawasan hutan
simpan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar