Pemerdagangan manusia di pusat hiburan Kuala Lumpur
Meskipun
sering kali polis membuat serbuan, namun pihak-pihak tertentu sentiasa mencari
jalan agar operasi pusat hiburan mereka boleh terus dijalankan walaupun
terpaksa melanggar undang-undang.
Terbaharu,
polis yang melakukan serbuan ke atas sebuah pusat hiburan di Jalan P. Ramlee,
di sini tengah malam tadi berjaya menyelamatkan seramai 184 wanita dari
pelbagai negara yang digunakan untuk kegiatan pemerdagangan manusia.
Kesemua
mangsa yang diselamatkan itu berusia antara 18 hingga 30 tahun dan ketika
serbuan dilakukan, mereka bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO).
Turut
ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 12.20 tengah malam itu oleh sepasukan 52
pegawai dan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis
Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan polis Bukit Aman adalah 13 pekerja pusat hiburan
selain dua ‘bapa ayam’ bagi membantu siasatan.
Pegawai
Turus D7 IPK Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Baharin Mohd. Rose berkata,
daripada jumlah wanita yang diselamatkan, seramai 136 adalah wanita warga
Vietnam, diikuti Filipina (17); Uzbekistan (17); Thailand (empat); Indonesia
(empat); Armania (empat); dan dua warganegara Rusia yang mana pasportnya telah
dipegang oleh bapa ayam.
“Dalam
serbuan itu, lebih 200 pelanggan yang berhibur turut ditahan.
“Ada yang
cuba bertindak melarikan diri melalui loteng premis namun cubaan mereka gagal
kerana tindakan pantas yang dilakukan pasukan polis,” katanya ketika dihubungi
di sini hari ini.
Tambah
Baharin, salah seorang penjaga pusat hiburan yang ditahan pihaknya merupakan
orang yang dikehendaki polis berhubung kes dadah di Sentul manakala seorang
lagi disahkan positif dadah.
“Kita juga
mendapat maklumat terdapat sindiket yang aktif membekalkan wanita warga asing
kepada setiap pusat hiburan di ibu negara malah turut menjadikan mangsa sebagai
pelacur.
“Hasil
risikan dan maklumat yang kita peroleh juga mendapati kebanyakan pelanggan
pusat hiburan ini adalah pelancong asing. Kesemua mereka yang ditahan telah
dibawa ke IPK Kuala Lumpur bagi membantu siasatan lanjut,” ujarnya.
- See more
at:
http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/polis-selamatkan-wanita-1.44125#sthash.7tqVVXkH.dpuf
Tidak ada komentar:
Posting Komentar