“DIAlah yang
memperlihatkan kepadamu tanda tanda kekuasaanNYA dan menurunkan untuknya rezeki
dari langir. Dan tiadalah mendapat pengajaran kecuali orang orang yang kembali
kepada ALLAH” (Surah
al-Mukmin, ayat 13.)
Ustaz Zainul Fata Hashim, 38, adalah
khatib Masjid Rahman di Banyu Urib, Surabaya. Ketika usinya 14 tahun dia
merantau ke Mekah untuk menuntut ilmu dengan ditemani abangnya, Hj.Yassin
Hashim. Setelah 17 tahun menetap di Tanah suci dia kembali ke kampung halamannya
pada 1997 dan mengajar di sekolah sekolah agama di kampung kelahirannya.
Lantaran ingin berkongsi pengalaman menanrik ketika menetapa di Mekah, Ustaz
Zainul diterbangkan khas dari Surabaya untuk temu bual ekslusif dengan wartawan
Mastika, Norimanah Seman.
Perkuburan Ma’ala di Mekah yang terletak berhampiran
makam Siti Khadijaah riuh rendah. Suara orang bercakap dalam nada cemas dan
menjerit jerit menyebabkan tumpuan saya yang ketika itu sedang solat,
terganggu. Suara abang saya, Hj. Yassin yang mengimami solat Asar juga
tenggelam timbul. Terus terang saya katakan, saya tidak dapat bersolat dengan
khusyuk. Suara orang bercakap dan menjerit jerit itu menggangu tumpuan. Selesai
salam, saya terus ke tingkap yang menghadap ke kawasan perkuburan. Saya lihat
penjaga kubur berdiri tercegat di tepi lubang, orang ramai yang mengiringi
jenazah bertempiaran lari. Ada yg tertonggeng kerana tersepak batu, yg
merangkak pun ada.
“Tolongggggggg, anak saya!” jerit
seorang wanita apabila melihat anaknya berdiri hampir dengan liang kubur.
Seorang lelaki sedang berlari sempat menyambar kanak kanak itu dan diserahkan
kembali kepada emaknya.
“Apahal ribut ribut tu?” tanya abang yang tiba tiba sudah berdiri dibelakang saya. “Entah,” jawab saya. Lantas saya dan abang bergegas ke kawasan kuburan itu yg jaraknya hanya beberapa meter sahaja dr rumah sewa kami. Walaupun sudah tiga tahun menyewa rumah berhampiran kawasan perkuburan tetapi belum pernah saya lihat urusan pengkebumian jadi kelam kabut.
“Apahal ribut ribut tu?” tanya abang yang tiba tiba sudah berdiri dibelakang saya. “Entah,” jawab saya. Lantas saya dan abang bergegas ke kawasan kuburan itu yg jaraknya hanya beberapa meter sahaja dr rumah sewa kami. Walaupun sudah tiga tahun menyewa rumah berhampiran kawasan perkuburan tetapi belum pernah saya lihat urusan pengkebumian jadi kelam kabut.
Saya berjalan menghampiri penjaga kubur, Ahmed
berbangsa Afrika. Hanya dia seorang saja yg berani berdiri di situ sedangkann
orang ramai yang mengiringi jenazah sudah lari bertempiaran. Mereka berdiri
jauh di tepi pagar. Muka Ahmed kelihat cemas, matanya tajam memandang ke dalam
liang.
“Apa masalahnya, ni?” tanya saya dalam bahasa Arab.
Lelaki itu hanya menuding jarinya keliang lahad tanpa mampu berkata apa apa.
Seekor ular besar dengan mulut ternganga luas hingga menampakkan taring tajam
yang panjang kelihatan tersembul di pintu lubang kubur. Badannya sahaja sebesar
pemeluk orang dewasa! Saya dan abang segera mengundur. Ahmed mengelak beberapa
tapak apabila ular itu menjulurkan kepalanya seperti hendak menerkam jenazah
yang dipikul oleh kawan kawannya. Setelah gagal untuk mencekup jenazah, ular
yang bercampur aduk warnanya itu memasukkan semula kepalanya ke dalam lubang.
Namun apabila kawan kawan Ahmed cuba melangkah, ular itu akan menerkam semula
dengan mulut terngangga menampakkan lidah yang panjang. Saya memgucap panjang
apabila mata ular itu yang merah bercahaya merenung tajam ke arah jenazah yang
diletakkan di atas pengusung.
“Ya Allah, janganlah mayat tu ditelah,” doa saya. Hati
bertambah bimbang apabila melihat mulut ular itu terngangga luas boleh
memuatkan sebuah motosikal. Serentak mereka mengundur untuk menyelamatkan diri.
“Kalau kecil boleh juga saya kais dengan kayu. Tapi iiiiii ni besar, mulutnya
saja sama besar dengan lubang kubur. Kalau saya masukkan juga jenazah itu bukan
kebumi namanya tetapi campak ke rahang ular,” kata Ahmed, tercunggap
cunggap.Orang ramai lari bertempiaran. Ada yang terjerit jerit akibat terlalu
takut. Beberapa minit kemudian mereka terus menutup semula lubang kubur itu.
Ahmed berjalan ke sebuah lagi kubur , lima meter saja jaraknya dari kubur tadi.
Perlahan lahan dia menarik penutup nya yang diperbuat daripada batu.
Di Mekah kedaan kuburnya yang berlainan dengan di
Malaysia. Disana lubang kubur sudah siap digali dan disimin dindingnya kecuali
lantai. Dan disimin dindingnya kecuali lantai. Setelah jenazah di kebumikan ia
ditutup semula. Pintunya diperbuat dari besi atau batu. Setahun kemudian kubur
itu akan dibuka semula untuk diisi dengan jenazah baru. Biasanya satu liang
boleh digunakan untuk enam jenazah. Namun ada juga boleh memuatkan hingga
seratus. Jenazah baru hanya akan ditanam di dalam lubang itu jika jenazah yang
ditanam setahunlalu sudah tiada ataupun hanya tinggal tulang. Tulang tulang itu
akan dikuis ke tepi untuk memberi ruang pada jenazah baru.
Ahmad membuka lubang tersebut dengan berhati hati.
Apabila terbuka sepenuhnya, segera dia melenting. Ular yg sama terpacul lagi
ditengah tengah lubang kubur! Ahmed melompat ke belakang, kawan kawan nya lari
lintang pukang. “Lain macam je ular ni, bang. Ular sawa bukan, tedung pun
bukan, anaconda tidak mungkin. Ular apa ni bang” bisik saya pada abang. “Inilah
agaknya ular al-Syujak al-Aqra seperti yg pernah nabi sebut sebut dalam
sabdanya, yang akan menyiksa sesiapa yang meninggalkan solat dan melakukan
maksiat,” kata abang. Aneh sekali, bagaimana ia boleh berada di dalam lubang
kubur itu.
“Tutup balik,” Ahmed bersuara meminta tiga orang lagi
rakanya membantu. Ahmed beralih pula ke kubur lain. Dia mengagak lubang itu
sudah dua tahun tidak digali semula. Orang lain yg pada mulanya ramai tidak
berani mendekati. Mereka hanya berdiri di tepi pagar tembok. Tinggallah kami
berenam, Ahmed dan kawan kawannya, abang serta saya.
SYYYYYYYYYYY!! Bunyi desiran dari arah lubang pada
pintu kubur yang terbuka sedikit. Ahmed dan rakan rakannya segera berhenti
mengangkat penutup lubang kubur tersebut. Masing masing terdiam dan memasang
telinga . Setelah beberapa minit menunggu tidak ada lagi bunyi yang kedengaran.
“Ahhhh!! Bunyi pasir runtuh agaknya,” beritahu Ahmed sambil tersenyum cuba
menyedapkan hati. Ahmed lantas mengajak kawan kawannya menyambung kerja.
Perlahan lahan mereka membuka penutup lubang kubur hingga terbuka luas.
“Alhamdulillah …” Ahmed bersyukur, tidak ada lagi ular besar yang menganga di
muka lubang. Di bahagian dasar lubang hanya tinggal tengkorak dan beberapa
tulang yang belum reput. Ahmed masuk ke dalam kubur untuk mengumpul tulang
tulang itu dan diletakkan di sudut, kemudian naik semula untuk mengangkat
jenazah wanita itu.
Perlahan lahan Ahmed dan tiga kawan kawannya megusung
jenazah wanita tersebut ke tepi lubang. Saya hanya memerhati sahaja mereka
melakukan kerja. “Berhenti!!!!” tiba tiba Ahmed menjerit. Dua orang kawannya yg
memikul jenazah terkejut. Nyaris nyaris jenazah tercampak. Segera jenazah
dibawa keluar dan diletakkan diatas pasir. Mereka hanya tercegat memerhati.
Ahmed menggeleng geleng kepala, tidak percaya dengan apa yang berlaku. Orang
ramai bercempera sekali lagi.
“Subhanallah ….. ular lagi,” terpacul dari mulut saya.
“Kamu pasti ular itu tidak ada disitu, tadi?” tanya abang. Ahmed termenung memerhatikan
rahang ular yang terbuka luas. Di wajahnya ternampak keletihan. Dia pun sudah
hilang punca untuk menjawab peryanyaan saya tadi. “Subhanallah,” hanya itu
sahaja yang terkeluar dari mulutnya sambil menoleh ke arah saya. Ahmed menggaru
garu kepala, tak tahu apa yang perlu dibuat. Menurutnya, tidak ada lubang pun
di dinding liang yang boleh dilalui oleh ular sewaktu dia mengumpulkan tulang
tadi.
“Mungkin tanah haram tak mahu terima jasadnya,” kata
abang. Ahmed mengangguk dan bersetuju dengan kata kata abang. “Kalau begitu
mengapa tak dikebumikan saja di Jeddah?” saran saya kepada Ahmed. “Seharusnya
begitu, mungkin ada yang tak kena,” kata abang. Jeddah? Ya, hanya Jeddah sahaja
tanah halal yang paling hampir. Ahmed, saya dan abang menaiki satu kereta untuk
bersama sama mengiringi jenazah ke Jeddah. Dalam samar sama hari yang sudah
merangkak senja jenazah itu dikebumikan. Alhamdulillah! Semuanya dapat
disempurnakan dengan selamat.
Dalam perjalanan pulang ke Mekah, tiada lain yang kami
bualkan kecuali kejadian itu. Saya benar benar insaf dan gerun akan kekuasaan
Allah. “Salah satu keistimewaan umat Muhammad ialah seksaan atas dosa dosa
mereka akan ditangguhkan sehingga akhirat. Namun tidak mustahil ALLAH akan
membalasnya sewaktu didunia. Itu tidak lain sebagai ingatan pada yang masih
hidup,” tegas abang. Kata kata itu membuat saya berfikir kembali rahsia di
sebalik kejadian yang baru kami alami. Kepada kenalan rapat arwah perempuan itu
saya tanyakan asal usulnya. Menurut mereka wanita itu berasal dari Mesir,
bertugas sebagai jururawat di Hospital Aziziah. Ia memang seorang yang rajin,
taat, cantik dan lunak suaranya apabila melayan pesakit. Namun apabila malam
menjelma, pakaian seragam jururawat ditanggalkan. Maka terserlah lah
kecantikannya yang meruntun hati setiap lelaki yang memandang.
Bibirnya, mata, rambut ikal mayang, berkenig lebat dan
berhidung mancung menjadi bonus untuk memikat hartawan. Dengan kelebihannya dia
sering menggunakan nya untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan. Daripada
cerita kawan kawannya yang saya temui, si gadis manis berusia 25 tahun itu
menjadi ‘perawat jiwa’ kelas atasan. Setiap malam dia menerima jemputan
daripada saudagar kaya yang menawarkan bayaran tinggi. Selama bertahun tahun
kerjanya tidak ada siapa yang mengetahui.
Namun hari tidak selalu panas, kadang kadang hujan
ditengah hari. Di tengah kemashuran namanya meniti di bibir para hartawan,
wanita itu diserang penyakit misteri. Tidak ada ubat moden yang mampu
menyembuhkannya. Tiga bulan dia terlantar di wad tempatnya berkerja. Yang
menginsafkan setiap kali kawan kawan setugas datang menziarahi, dia kan
bercerita segala kegiatannya selama ini. Peristiwa itu sesungguhnya
menginsafkan betapa siksa kubur itu jangan dipermainkan, sebagaimana hadis yang
di riwayatkan oleh Ibnu Abbas, katanya: ketika Rasulullah s.a.w melalui dua
buah kubur beginda bersabda:
“Ingatlah, sesungguhnya dua mayat ini sedang diseksa,
tapi bukan kerana melakukan dosa besar. Seorang diseksa kerana dahulunya dia
suka membuat fitnah dan seorang lagi kerana tidak membersihkan dirinya daripada
air kencing.”
Itu baru dosa kecil yang nabi sebutkan, sudah mendapat
seksa kubur yang cukup azab. Inikan pula dosa yang besar seperti berzina,
melacur, tentunya lebih azab lagi.
Sumber : Mastika April 2004
Tidak ada komentar:
Posting Komentar